30 Januari 2009, Merentas desa peringkat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah dijalankan dengan jayanya. Acara ini bermula jam 8.30 pagi dan telah dilaksanakan olah Timbalan Pengerusi PIBG Tn Hj Abdul Wahid bin Abu Shah. Merentas desa ini bukan sahaja disertai oleh para pelajar malah disertai oleh seluruh warga KUSESS termasuk guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta (pembersihan), pengawal keselamatan, pekerja dewan makan dan pekerja kantin sekolah bagi mengeratkan hubungan siraturahim dan kejelekitan antara warga KUSESS. Idea seumpama ini telah dicetuskan oleh Pn Hjh Rossminah bt Yamin Pengetua Cemerlang KUSESS bagi membolehkan hubungan yang sedia ada terjalin akan lebih erat dan dapat membena kecemerlangan sekolah secara bersama-sama.