Thursday, March 20, 2008

MERENTAS DESA SEKOLAH 2008



MERENTAS DESA 2008


Kuala Selangor, Pada 26 Januari 2008 telah berlangsungnya acara tahunan iaitu merentas desa peringkat sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Seluruh Warga KUSESS telah melibatkan diri dalam larian ini. Pelepas bagi acara ini ialah PK HEM iaitu Tn Hj Kamarul Arifin bin Jaffar di bantu olah Ustaz Khairul Anuar bermula jam 9.00 pagi dihadapan pintu gerbang KUSESS. Keputusan Acara merentas desa ini ialah JOHAN untuk rumah PERDANA, Naib johan ialah rumah WAJA, Ketiga ialah rumah SATRIA dan Ke 4 ialah Rumah WIRA. Penyampaian hadiah di jalankan di Dewan Prima dan PK KoKo mengucapkan takniah bagi yang berjaya dan yang belum berjaya usaha harus diteruskan untuk mencapai kejayaan dimasa akan datang, MAJULAH SUKAN UNTUK KUSESS.



Monday, March 17, 2008

PERKEMAHAN KETUA UNIT KOKURIKULUM 2008



TANJUNG KARANG


Pada 18 - 20 hb Januari 2008, Unit Kokurikulum SM Sains Kuala selangor telah mengadakan perkemahan ketua-ketua unit Kokurikulum di Tapak Perkemahan Homestay Parit 1, Tanjung Karang. Seramai 80 pelajar dan 10 guru terlibat dalam perkemahan kali ini. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti jungle traking di paya lumpur, berkayak dan banyak lagi aktiviti yang bertujuan menguji ketahanan pelajar dari segi fizikal, mental dan emosi.Perkemahan ini telah mencapai objektif yang dirancangkan setelah selesai perkemahan.

ANUGERAH KOKURIKULUM 2007



MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2007

JABATAN PELAJARAN SELANGOR


Pada 4 Sept 2007, 2 pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah menerima Anugerah Pelajar Lelaki terbaik ( Wan Azizul faiz bin Zulkifli ) dan pelajar Perempuan Terbaik ( Nur Atirah bt Md Rosli ) Kokurikulum peringkat Negeri Selangor seterusnya keperingkat Akhir Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sembilan. Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah Puan Che Kamaliah bt Endud merupakan pengetua dan En Mukharita b Shaharom PK Kokurikulum.